Filem animasi tempatan terus mendapat tempat dalam kalangan peminat apabila filem animasi 3D Mechamato berjaya mengutip kutipan besar pada hari pertama tayangan.<br /><br />Animonsta Studios dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu sangat terharu dan berharap akan ramai lagi menyokong filem animasi tempatan yang turut mendapat perhatian peminat seluruh dunia itu.